PENYAKIT BAWAAN KOMPUTER: Petua dan Panduan Pencegahan

Berikut adalah 5 masalah yang mungkin anda hadapi…

 

 

Menaip, mengklik menyiapkan kerja,

Mengadap komputer sepanjang hari,

Kalau ergonomi tidak dijaga,

Sakit badan, duit lari.



 

9 Sebab Mengapa Buku PENYAKIT BAWAAN KOMPUTER: Petua dan Panduan Pencegahan adalah Sumber RUJUKAN UTAMA untuk Mempelajari Cara Menjaga Kesihatan Semasa menggunakan Komputer”

  Stack buku pbk

Buku PENYAKIT BAWAAN KOMPUTER: Petua dan Panduan Pencegahan bertujuan untuk menambah pengetahuan dan mendidik anda supaya kelihatan lebih muda, ceria, dan sihat melalui panduan ergonomi dan senaman khas. Buku ini ialah yang PERTAMA di Malaysia, ditulis oleh Penceramah Kesihatan Pekerjaan yang berpengalaman lebih daripada 26 tahun sebagai Pensyarah di Universiti Sains Malaysia. 


Jangan Abaikan Kesihatan Anda

Anda akan mengalami gangguan psikologi yang teruk sekiranya semua harta yang dicari tidak membantu apa-apa apabila anda mendapat sakit. Kemungkinan penyakit itu berpunca daripada  keghairahan anda hendak mendapatkan semua kemewahan hidup tapi dalam masa yang sama mengabaikan kesihatan semasa bekerja dengan komputer.


Fakta Saintifik

Menurut laporan Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Amerika Syarikat (Occupational Safety and Health Administration – OSHA), kajian di peringkat kebangsaan yang telah dibuat pada tahun 2003, menganggarkan lebih daripada 600000 orang mengalami kecederaan dan menanggung penyakit gangguan kerangka otot yang disebabkan oleh penggunaan komputer yang tidak betul. 

Mata Kering Sebab Komputer

Mata yang kering menyebabkan ketidakselesaan, kadang-kala berasa sakit, gatal dan kemerah-merahan. Sebenarnya, mata bergantung pada air mata yang secara berterusan melembapkan dan mengekalkan penglihatan, selain membuatkan kita lebih selesa. Satu kajian oleh pembuat produk titis mata telah dijalankan untuk mencari tiga faktor utama yang menyebabkan mata menjadi kering. Dalam kajian itu, 100 pengguna kanta lekap yang berumur antara 15 hingga 55 tahun menyertai soal selidik yang diadakan bermula September 2007. Hasilnya, sekitar 68.8 peratus responden menyenaraikan penggunaan komputer sebagai faktor yang paling kerap yang menyebabkan mereka berasa mata menjadi kering. 

Wartawan Lumpuh 

Seorang wartawan di Thailand telah menceritakan keadaan dirinya di dalam Reader’s Digest, April 2010, yang beliau telah menjadi lumpuh dari bahagian dada ke bawah disebabkan berlakunya pembengkakan pada bahagian saraf tunjang (Acute Transverse Myelitis, ATM). Beliau berpendapat, kejadian ini berlaku akibat daripada bekerja menyiapkan laporan dengan menggunakan komputer selama lima jam tanpa henti. Dalam kesibukan mengejar tarikh akhir, beliau terus menulis tanpa rehat dan tidak banyak bergerak atau mengubah postur kedudukan. Beliau terpaksa menjalani terapi fizikal yang lama di  Hospital Bhumibol, Thailand.


Pesanan dari penulis

Pada era ini, komputer memang alat yang penting bagi semua golongan masyarakat. Menyedari kepentingan komputer dan juga penjagaan kesihatan, buku ini ditulis untuk menyedarkan masyarakat tentang penyakit yang boleh disebabkan oleh penggunaaan komputer yang tidak betul. Buku ini juga memberikan panduan tentang penggunaan peralatan dan perabot komputer dan cara senaman untuk mengelakkan penyakit bawaan komputer.  Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Beringat sebelum kena. Jika sudah terkena penyakit, walaupun ada rawatan, hakikatnya memang akan menyusahkan kehidupan.  Anda perlu mengetahui cara yang terbaik menggunakan komputer supaya ia dapat memberikan manafaat kepada kesejahteraan hidup dan kesihatan sepanjang hayat.

 

 

Pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia

logo kkm

Dalam era digital, anda tak boleh lari daripada menggunakan komputer. Tetapi, anda perlu tahu cara yang terbaik menggunakan komputer supaya ia dapat memberikan manafaat kepada kesejahteraan hidup  dan kesihatan sepanjang hayat. 

 

 

Mencegah itu lebih baik daripada merawat
Beringat sebelum kena
Jika sudah terkena penyakit
Hakikatnya memang akan menyusahkan hidup anda

 

Testimoni

 
Prof+Madya+Ahmad+ZakariaPROFESOR AHMAD HAJI ZAKARIA
Dekan
Pusat Pengajian Sains Kesihatan
Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia
 

Buku ini memberikan pengetahuan dan kesedaran tentang penyakit bawaan komputer, kenapa penyakit-penyakit tersebut boleh berlaku dan yang pentingnya terdapat panduan penggunaan komputer yang betul serta kaedah senaman ringkas yang boleh diamalkan oleh pengguna komputer.

Saya percaya buku ini dapat dijadikan rujukan oleh pengguna komputer dan keluarga, untuk mengelakkan penyakit yang boleh disebabkan oleh penggunaan komputer yang tidak betul. Buku ini memang berguna untuk memastikan masyarakat kita terus maju, produktif dan sentiasa sihat sejahtera sepanjang hayat.

Slide2

 

Slide1

Norazida MohamedNorazida Mohamed C.A (M)
Pensyarah

Universiti Teknologi MARA Saya percaya ramai di kalangan kita yang kurang peka akan penyakit bawaan komputer. Buku ini telah mengisi kekurangan maklumat di pasaran berkenaan betapa pentingnya mengenali dan mengatasi penyakit tersebut. Tanpa disedari, saya telah mengalami gejala penyakit CTS semasa sibuk menyiapkan tesis Ph.D. Berdasarkan panduan dan senaman yang terdapat dalam buku ini, penyakit ini telah dapat saya atasi sebelum ia menjadi lebih teruk. Bagi saya, buku ini penting untuk perkongsian ilmu di zaman perkembangan teknologi maklumat dan sesuai kepada semua peringkat umur.

 

HP Umi 21Mac13 011Puan Khatijah Husin
Kaunselor
Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1
Kota Bharu, Kelantan

Buku ini telah membuka minda warga SMK Zainab 1 tentang 4 jenis penyakit yang boleh menyerang pengguna komputer yang habitual dan tidak berdisiplin. Panduan ergonomi komputer yang dikemukakan dalam buku sangat jelas dan mudah diikuti. Senaman untuk pengguna komputer ditunjukkan melalui langkah-langkah terperinci dan disertai ilustrasi yang jelas. Pihak sekolah telah membeli sebanyak 22 buah buku untuk rujukan guru, pegawai tadbir dan pelajar-pelajar.

 

Jangan buang masa!

 

KLIK DISINI untuk beli buku PENYAKIT BAWAAN KOMPUTER: Petua dan Panduan Pencegahan          dari HARFA Online Book Store

 

atau

 

butang dapatkan sekarang ebook

 

BONUS dengan setiap pembelian EBook (sehingga hujung bulan ini sahaja!!)

E-Poster Ergonomi Komputer yang boleh dicetak untuk dilekatkan di tempat kerja anda sebagai peringatan!

Poster Ergonomi Komputer Sampel

Jaminan

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan buku ini, sila kembalikan dalam masa 30 hari selepas anda mencuba segala panduan dan senaman yang terdapat dalam buku. Wang akan dikembalikan tertakluk kepada Terma dan Syarat.

 

smsmDr. Sharifah Mastura Syed Mohamad boleh dijemput untuk memberi ceramah kesihatan pekerjaan (occupational health) mengenai Panduan Kesihatan dan Keselamatan Mengguna Komputer.


Ph. D. IT Project Management (USM)
M. Sc. Computer Information Systems (Miami)
B. Sc. Computer Science (Miami)

 

 Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Amalan Terbaik ICT

 

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi kami 

emel alaresources

Telefon: 0199196961

fb

Elakkan diri anda daripada penyakit Sindrom Penglihatan Komputer (Computer Vision Syndrome -CVS), Gangguan Pendengaran, Kecederaan Rangka Otot (Musculoskeletal Disorders – MSD) atau Kecederaan Regangan Berulang (Repetitive Strain Injury – RSI), Penyakit Psikososial – Stres, Kemurungan, Penyakit Mental dan Ketagih Internet. Dapatkan maklumat lengkap dengan membeli buku “Penyakit Bawaan Komputer: Petua dan Panduan Pencegahan”.